Samsung dan Google telah memperkenalkan Nexus 10 pada tahun lepas, tetapi masih belum diumumkan secara rasmi di Malaysia sehingga kini. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan untuk penjual lain menawarkannya untuk pengguna tempatan.
Nexus 10 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz Cortex-A15, Mali T604, skrin sentuh bersaiz 10.1-inci, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, dan bateri berkapasiti 9000mAh padanya.
IPMart kelihatan menawarkan ia dalam dua pilihan untuk Nexus 10 versi WiFi, iaitu dengan pilihan ruangan storan sebesar 16GB pada harga RM1499, dan juga dengan pilihan 32GB pada harga RM1799.
Jadi, adakah ia berbaloi untuk mendapatkan Nexus 10 pada harga ini, ataupun sebaliknya?