Google Memperkenalkan Pelayar Web Chrome 25

Google Memperkenalkan Pelayar Web Chrome 25

Diterbitkan pada Feb 22, 2013 oleh .

Selepas Mozilla memperkenalkan kemaskini untuk Firefox, hari ini, Google turut sama telah mengemaskini pelayar web mereka kepada versi 25.

Melalui Chrome 25, Google memberikan perhatian utama kepada keselamatan dan juga pengurusan extension pada pelayar web mereka, dimana pengguna akan dipaparkan dengan sebuah notis amaran apabila mengakstifkan extension pihak ketiga pada Chrome. Pada Chrome 25, WebGL turut diberikan perhatian, disamping turut menyertakan sokongan JavaScript Web Speech API.

Sokongan HTML5 turut ditambah baik pada Chrome 25, disamping Google turut sama membawakan beberapa fungsi tambahan untuk para pembangun aplikasi berasaskan web.

Bagi pengguna Chrome sedia ada, anda akan menerima kemaskini secara automatik, dan bagi pengguna baru, boleh memuat-turunnya hari ini daripada laman rasmi Google Chrome.


TIPS & ULASAN