Nokia Bakal Hadir Dengan Peranti Pintar Bajet Pada Minggu Hadapan?

Nokia Bakal Hadir Dengan Peranti Pintar Bajet Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Feb 23, 2013 oleh .

Nokia Lumia 510Walaupun Nokia mempunyai tawaran peranti pintar berasaskan Windows Phone, namun, jualan yang tinggi dicapai oleh peranti bajet daripada mereka, melalui keluarga Nokia Asha dan lain-lain.

Pada MWC yang akan diadakan pada minggu hadapan, Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa telefon bajet, sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan lebih hebat bersama-sama beberapa pengeluar lain yang semakin meningkat popular, termasuk Huawei dan juga ZTE.

Ia turut diperkatakan berkemungkinan Nokia hadir dengan Nokia Lumia baru pada harga yang lebih rendah berbanding peranti-peranti pintar lain di pasaran pada hari ini. Paling terbaru, Nokia telah melancarkan Lumia 620 untuk pasaran Malaysia pada harga RM799. Walaupun begitu, sekiranya Nokia dapat hadir dengan peranti pintar mereka pada harga bawah RM500, semestinya ia akan menarik minat ramai pengguna, disebabkan oleh rekaan peranti bajet daripada Nokia yang agak menarik berbanding beberapa pengeluar lain.

Selain daripada telefon bajet ini, beberapa laporan sebelum ini turut mengatakan Nokia bakal memperkenalkan telefon Nokia Lumia dengan kamera PureView sebenar.

Baru-baru ini, Samsung juga turut telah memperkenalkan keluarga Samsung REX, yang mana merupakan keluarga telefon feature phone daripada pihak Samsung.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia pada awal minggu hadapan.


TIPS & ULASAN