Cari @ Amanz

Google Glass telah menjadi bualan ramai sejak ia diperkenalkan pada tahun lepas, malah dikatakan ramai sebagai invoasi terbaik tahun 2012. Kini, ia dilaporkan, Google mensasarkan untuk menjual Google Glass kepada pengguna seawal tahun ini.

Project Glass - Google

Sebelum ini, Google hanya mensasarkan Google Glass untuk dijual pada tahun 2014, namun, mungkin pembangunan mereka kini lebih pantas, dan mereka telah mula bersedia untuk menjualnya.

Daripada apa yang dilaporkan The Verge, Google bakal menjualnya pada harga kurang $1500 (~RM4700) kepada pengguna kelak. Berkemungkinan harga yang tinggi disebabkan oleh penggunaan komponen yang masih tinggi harganya buat masa ini.

Semestinya, dengan info terkini berkenaan Google Glass ini, ramai yang akan menantikan Google I/O pada tahun ini untuk pengumuman berkaitan dengannya.

Jadi, sekiranya ia dijual, adakah anda akan mendapatkannya ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd