Cari @ Amanz

Pada Windows Explorer, walaupun kita boleh melihat saiz sesuatu fail dengan mudah, namun, salah satu kekurangan adalah dimana saiz untuk keseluruhan folder tidak dipaparkan padanya, sebaliknya memerlukan beberapa langkah seperti melihat bahagian Properties dan sebagainya.

Folder Size

Untuk memudahkan para pengguna melihat saiz folder dengan pantas, salah satu perisian ringkas yang berguna adalah Folder Size. Folder Size ditawarkan untuk pengguna Windows sama ada 32-bit mahupun 64-bit, dimana bersaiz kecil dan boleh digunakan serta-merta selepas memasangnya.

Folder Size berfungsi dengan memaparkan saiz sesuatu folder pada tetingkapnya tersendiri. Sebaik sahaja anda selesai memasang perisian tersebut, ia akan membuka sebuah tetingkap khas bersaiz kecil setiap kali pengguna membuka Windows Explorer.

Namun, daripada info yang dikongsikan pembangunnya melalui halaman rasmi, ia kelihatan, sekiranya pengguna menggunakan Windows XP, info berkenaan saiz folder dipaparkan terus pada Windows Explorer.

Bagi pengguna yang sentiasa menyemak saiz sesuatu folder, dan inginkan sesuatu yang memudahkan mereka, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Folder Size ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd