Sony pada minggu ini telah pun berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan konsol generasi baru mereka, dan mengikut laporan terkini, berkemungkinan kita akan dapat melihat Microsoft mengumumkan versi baru Xbox seawal bulan April ini.
Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengannya.
Xbox generasi baru merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai, apatah lagi dengan Sony yang mengumumkan sokongan stream permainan dan juga integrasi sokongan sosial, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft kelak.