Diantara pelbagai projek dan produk yang dipertontonkan pada Malaysia Tech Expo 2013, salah satunya adalah daripada Polteknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, iaitu kerusi roda yang dikawal menggunakan peranti Android.
Walaupun terdapat beberapa kerusi roda automatik pada hari ini, harga dan kos pembangunannya boleh dikatakan agak mahal dan sukar untuk dimiliki semua. Perkara ini merupakan salah satu masalah yang cuba diatasi melalui projek ini.
Untuk menghubungkan kerusi roda ke peranti Android, mereka menggunakan sambungan Bluetooth. Projek ini dibangunkan dengan memfokuskan kepada mereka yang kurang upaya, dan sukar untuk mengerakkan kerusi roda secara manual.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan beberapa perkara lain masih belum diintegrasikan secara menyeluruh.