Pendaftaran Google I/O 2013 Akan Dimulakan Pada 13 Mac

Pendaftaran Google I/O 2013 Akan Dimulakan Pada 13 Mac

Diterbitkan pada Feb 23, 2013 oleh .

Google I./O 2013Setiap tahun, salah satu acara tahunan yang dinantikan ramai pembangun dan peminat Google adalah Google I/O. Untuk tahun ini, ia akan diadakan pada 15 hingga 17 Mei, dan pendaftaran untuknya akan bermula 13 Mac 2013 kelak.

Pada tahun lepas, tiket untuknya habis dijual dalam masa kurang 20 minit, dan berkemungkinan untuk tahun ini, ia akan mendapat lebih permintaan, apatah lagi dengan Google Glass yang dinantikan ramai.

Bagi mereka yang berminat, mereka terlebih dahulu perlu mempunyai akaun Google+ dan juga Google Wallet sebelum dapat mendaftar untuknya.

Jadi, mereka yang ingin ke Google I/O, mungkin boleh bersedia untuk pendaftarannya pada 13 Mac 2013 pukul 11 malam.

Rujuk : Laman Rasmi Google I/O


TIPS & ULASAN