Google Memperlihatkan Perancangan Untuk Menaik-Taraf Bangunan Googleplex Sedia Ada

Google Memperlihatkan Perancangan Untuk Menaik-Taraf Bangunan Googleplex Sedia Ada

Diterbitkan pada Feb 23, 2013 oleh .

Googleplex merupakan bangunan ibu pejabat utama Google, yang mana menjadi idaman ramai geek untuk melawat ke sana. Hari ini, Google berkongsi perancangan mereka untuk menaik-taraf dan membangunkan semula Googleplex mereka.

Buat masa ini, ia dipanggil sebagai “Bay View” dan akan meliputi kawasan kampus seluas 1.1 juta kaki persegi, dan terletak di Mountain View.

Googleplex BayView

Daripada apa yang diperlihatkan, ia tidak membawakan begitu banyak perubahan drastik berbanding sedia ada, tetapi sebaliknya didatangkan bersama-sama beberapa perkara baru dan kemaskini padanya.

Salah satunya dikatakan adalah, walaupun Google “Bay View” ini meliputi sembilan struktur berbeza, ia dikatakan masa yang diambil dari satu ke yang lain dengan berjalan kaki adalah sekitar dua minit 30 saat.

Buat masa ini, hanya satu imej gambaran sahaja yang dikeluarkan, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak maklumat dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN