Internet Explorer 11 Mula Kelihatan Dengan Paparan Skrin Windows Blue Yang Tertiris

Internet Explorer 11 Mula Kelihatan Dengan Paparan Skrin Windows Blue Yang Tertiris

Diterbitkan pada Feb 23, 2013 oleh .

Windows Blue dikatakan sebagai kemaskini Windows yang akan diperkenalkan pada tahun ini, dan kini, salah satu paparan skrin tertiris ke arena web, memperlihatkan Internet Explorer 11 didatangkan bersama-sama dengannya.

Fungsi apakah yang didatangkan bersama-sama Internet Explorer 11 kelak masih tidak diketahui. Namun, salah satu perkara yang boleh dijangkakan mungkin adalah sokongan HTML5 dan juga CSS3 yang lebih meluas lagi padanya.

Windows Blue ini dikatakan ramai sebagai kemaskini untuk Windows 8, yang mana akan menyertakan beberapa penambahan baru padanya. Buat masa ini, Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan Windows Blue kepada umum.

Internet Explorer 11 - Windows Blue


TIPS & ULASAN