Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru Windows Phone pada acara tahunan Mobile World Congress yang akan diadakan bermula esok, dan seperti biasa, lebih awal daripadanya, beberapa gambar telah pun tertiris ke arena web, memperlihatkan rekabentuk yang akan dibawakan oleh dua peranti Nokia, iaitu Lumia 520 dan juga Lumia 720.
Nokia Lumia 520
Nokia Lumia 720
Seperti dapat dilihat, kedua-duanya akan menggunakan Windows Phone, dan Lumia 520 dijangka akan mensasarkan kepada pengguna baru dengan spesifikasi rendah, dan Lumia 720 dengan spesifikasi pertengahan.
Daripada apa yang diura-ura akan sebelum ini, Lumia 520 dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 4-inci, memori sebanyak 512MB dan juga cip pemprosesan 1GHz dwi-teras. Ia turut dijangka akan dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, tanpa sebarang kamera pada bahagian hadapan.
Lumia 720 pula, membawakan spesfikasi sedikit tinggi, menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci, kamera belakang 6-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.
Berkemungkinan Nokia juga mempunyai beberapa peranti lain untuk MWC. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Nokia pada MWC.