Cari @ Amanz

Canon Mixed RealityDengan produk seperti Google Glass, dan juga beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan augmented reality, kini kelihatan Canon tidak ingin ketinggalan, dengan memperkenalkan salah satu produk baru mereka dinamakan sebagai Canon Mixed Reality.

Lebih kurang seperti Google Glass, Oculus Rift dan lain-lain, Canon Mixed Reality direkabentuk untuk dipakai pada kepala, dan disertakan dengan sokongan augmented reality, membolehkan pengguna melihat beberapa prototaip maya pada keadaan dunia sebenar.

Walaubagaimanapun, Canon Mixed Reality ini tidak memfokuskan kepada pengguna, tetapi lebih kepada perusahaan dan perniagaan. Daripada apa yang dipertontonkan, Canon kelihatan mensasarkan produk ini dalam memudahkan prototaip dan produk dihasilkan, dan dilihat dalam bentuk maya terlebih dahulu sebelum ia dihasilkan. Perkara ini sekaligus mengurangkan kos pembangunan, dan memudahkan lagi pembangunan sesuatu produk.

Selain itu, Canon juga memperlihatkan ia turut sama boleh digunakan oleh para penjual kereta, dimana pengguna terlebih dahulu boleh mengubah apa yang tidak digemari mereka, dan akhirnya membuat tempahan pada penjual berkenaan.

Daripada apa yang diketahui, Canon Mixed Reality ini akan dilancarkan pada awal Mac ini, dan dijual pada harga $125,000 (~RM387k), dengan kos penyelenggaraan tahunan sekitar $25,000 (~RM77k).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd