Cari @ Amanz

Berita berkenaan dengan Galaxy Note 8.0 telah kedengaran sejak daripada awal tahun ini, dan kini, di MWC, pihak Samsung telah pun memperkenalkannya secara rasmi, serta pada masa yang sama berkongsi spesifikasi dan pelbagai maklumat berkaitan tablet dengan sokongan S-Pen ini.

Samsung Galaxy Note 8.0

Samsung Galaxy Note 8.0

Samsung Galaxy Note 8.0 membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, menggunakan cip pemprosesan Exynos 4 Quad 1.6Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan sehingga 32GB, serta bateri berkapasiti 4600mAh.

Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean dan antaramuka TouchWiz padanya.

Peranti ini turut sama dilengkapi dengan pelbagai aplikasi popular Samsung, terutamanya S-Note, Smart Stay, Air View, Multi-Windows, dan yang lain-lain.

Buat masa ini, harga dan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan masih tidak diketahui sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd