Cari @ Amanz

Selain daripada Galaxy Note 8.0, pada Mobile World Congress juga, Samsung kelihatan memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaru daripada mereka, dikenali sebagai HomeSync.

Samsung HomeSync

Samsung HomeSync merupakan salah satu penstrim media (media streamer), yang mana membolehkan para pengguna memainkan dan mempertontonkan kandungan seperti gambar, permainan, video dan aplikasi daripada peranti Galaxy terus ke kaca televisyen mereka.

HomeSync dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, serta ruangan storan bersaiz 1TB HDD. Pengguna juga boleh mengakses pemain media dan mengakses PlayStore melaluinya, yang mana dijana menggunakan Android Jelly Bean.

Harga jualannya dan bila ia akan tiba ke Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd