Setelah pelbagai desas-desus berkaitan Huawei Ascend P2 kedengaran sebelum ini, hari ini, syarikat gergasi dari China itu telah pun memperkenalkan telefon pintar mereka secara rasminya di MWC 2013.
Huawei Ascend P2 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly bean padanya. Berbeza dengan generasi pertama, Huawei Ascend P2 turut sama menyertakan antaramuka Huawei Emotion UI padanya. Ia turut diperkatakan penggunaan bateri pada peranti Ascend P2 adalah lebih 20% jimat berbanding sebelumnya.
Dari segi rekabentuk, ia masih mengekalkan rekaan yang nipis, dan tampak menarik untuk dipegang dan digunakan. Peranti ini dijangka akan dijual bermula pertengahan tahun ini. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.
Kami akan cuba membawakan pandang pertama peranti ini tidak lama lagi.