HP Memperkenalkan Tablet Android Pertama – HP Slate 7

HP Memperkenalkan Tablet Android Pertama – HP Slate 7

Diterbitkan pada Feb 25, 2013 oleh .

Setelah kedengaran beberapa desas-desus berkenaan tablet Android daripada HP, hari ini, syarikat perkomputeran tersebut secara rasminya mengumumkan produk mereka, dinamakan sebagai HP Slate 7.

HP Slate 7

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 7 inci dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.6Ghz ARM Cortex-A9, kamera belakang 3-megapixel, memori sebesar 1GB RAM, dan juga ruangan storan terbina bersaiz 8GB (boleh dibesarkan dengan sokongan kad mikro-SD). Pengguna juga turut dihidangkan dengan sokongan audio daripada Beats padanya.

Dari segi harga pula, ia berharga $169, yang mana lebih murah berbanding Nexus 7 yang diperkenalkan pada tahun lepas. Bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia, masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN