Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Firefox OS Pada 2014

Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Firefox OS Pada 2014

Diterbitkan pada Feb 26, 2013 oleh .

Selepas LG dan juga Huawei masing-masing mengumumkan akan hadir dengan telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Firefox OS daripada Mozilla, kini Sony juga turut mengumumkan akan hadir dengan peranti yang menjalankan sistem operasi sama pada tahun hadapan.

Firefox OS

Ini sekaligus akan menjadikan Sony memilihnya sebagai sistem operasi kedua selepas memfokuskan kepada Android sahaja akhir-akhir ini setelah meninggalkan sistem operasi yang dibangunkan mereka, dan juga Symbian sebelum ini.

Pengumuman ini juga menjadikan Sony sebagai syarikat kelima yang mengumumkan sokongan untuk Firefox OS, selepas ZTE, Alcatel, LG dan juga Huawei.


TIPS & ULASAN