Asus Memperkenalkan Asus FonePad – Tablet Dengan Sokongan Telefoni

Asus Memperkenalkan Asus FonePad – Tablet Dengan Sokongan Telefoni

Diterbitkan pada Feb 26, 2013 oleh .

Di MWC 2013 hari ini, Asus turut sama mengumumkan secara rasmi tablet terbaru mereka yang dilengkapi dengan sokongan telefoni, dinamakan sebagai Asus Fonepad. Asus FonePad ini bersaiz 7-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan intel Atom Z2420 serta menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Asus FonePadFone

Asus FonePad ini turut menyertakan resolusi 1280×800 pixel pada skrin 7-inci, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan dalam pilihan 8GB dan 16GB, serta kamera belakang 3-megapixel dan kamera hadapan 1.2 megapixel.

Peranti ini dijangka akan mula dijual bermula bulan Mac ini, dimana akan dijual pada harga yang agak rendah, sekaligus bersaing dengan pelbagai tablet yang lain.

Kami akan membawakan pandang pertama untuk peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.

MWC 2013 - Dibawakan Oleh Acer


TIPS & ULASAN