Cari @ Amanz

DiGi - FacebookFacebook dengan kini memegang takhta sebagai laman sosial terkemuka dunia, turut sama menjadi salah satu medium komunikasi utama dikalangan ramai pengguna seluruh dunia. Kini, untuk memperluaskan penggunaan salah satu perkhidmatannya – Facebook Messenger, gergasi sosial tersebut mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi termasuk DiGi dari Malaysia.

Melalui kerjasama ini, pengguna DiGi akan ditawarkan dengan harga istimewa untuk mengakses Facebook Messenger pada peranti mudah-alih mereka, sekaligus membolehkan pengguna DiGi kekal berkomunikasi dengan rakan-rakan lain sepanjang masa.

Buat masa ini, bagaimanakah DiGi akan menawarkannya masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, DiGi telah bekerjasama dengan beberapa nama besar internet, termasuk Wikipedia dan juga Opera. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan kerjasama ini daripada pihak DiGi tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd