Asus Padfone Infinity Membawakan Telefon Pintar Bersaiz 5-inci

Asus Padfone Infinity Membawakan Telefon Pintar Bersaiz 5-inci

Diterbitkan pada Feb 26, 2013 oleh .

Selain daripada pengenalan Asus FonePad, pihak Asus juga turut sama memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Padfone mereka, dengan mengumumkan Asus Padfone Infinity secara rasminya.

Asus Padfone Inffinity

Peranti ini masih mengekalkan ciri-ciri seperti sebelumnya, dimana telefon pintar dan juga tablet yang boleh digabungkan, dan berfungsi pada satu cip pemprosesan dan ruangan storan.

Namun, pada Padfone Infinity, Asus memberikan sedikit kemaskini nafas baru, menyertakan bersama skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh. Ia kini dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.7Ghz Snapdragon 600, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan.

Bahagian tablet masih mengekalkan saiznya, iaitu bersaiz 10.1-inci dengan paparan HD penuh.

Ia dikatakan peranti ini akan mula diperkenalkan ke pasaran bermula bulan April 2013 kelak.

MWC 2013 - Dibawakan Oleh Acer


TIPS & ULASAN