Cari @ Amanz

Twitter Bakal Menyediakan Aplikasi Natif Untuk Firefox OS

Oleh Aman

Link Copied!

TwitterDengan pelancaran peranti Firefox OS, semestinya ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan sokongan daripada pembangun dan sebagainya. Hari ini, pihak Twitter mengambil kesempatan dengan berkongsi mengatakan mereka akan menyediakan aplikasi natif untuk Firefox OS.

Twitter mengatakan aplikasi tersebut akan tersedia di Mozilla Marketplace, dan boleh dimuat-turun apabila peranti pertama Firefox OS mula dijual kelak.

Twitter mengatakan aplikasi tersebut kelak akan membawakan fungsi yang lebih kurang sama seperti pelbagai aplikasi sedia ada, membolehkan pengguna menghantar Tweet, membaca, mengikuti pelbagai kemaskini, dan sebagainya. Twitter juga mengatakan bakal membawakan sebuah fungsi khas padanya, dinamakan sebagai Web Activities. Melaluinya, pengguna boleh menghantar Tweet daripada sebarang aplikasi lain, yang turut sama menyokong fungsi Web Actvities, dimana salah satunya adalah aplikasi gambar terbina di Firefox OS.

Sebagai permulaan, Firefox OS akan disertakan pada peranti daripada ZTE dan Alcatel, dengan pengeluar lain seperti Huawei, LG dan sebagainya dijangka akan menyusul.


Komen ()