Firefox 20 Beta Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows, Linux Dan Mac

Firefox 20 Beta Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows, Linux Dan Mac

Diterbitkan pada Feb 26, 2013 oleh .

Dengan pelancaran Firefox 19 tempoh hari, kini Mozilla telah pun memperkenalkan Firefox 20 Beta, yang mana menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Salah satu fungsi baru adalah termasuk kebolehan untuk melayari laman dalam bentuk Private Mode dengan hanya membuka tab baru, berbeza dengan sebelum ini yang memerlukan pengguna untuk membuka tetingkap khas untuknya.

Disamping itu, Firefox 20 Beta juga turut sama membawakan pengurus muat-turun yang baru bersama-sama dengannya, yang kini dipaparkan pada bahagian atas pelayar web.

Selain itu, kemaskini seperti sokongan tambahan CSS3 dan juga HTML5 turut sama disertakan pada Firefox 20 Beta.

Bagi pengguna Firefox yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 20 Beta untuk Windows, Mac, dan Linux hari ini, dan mengujinya sendiri pada komputer anda.

Muat-Turun Firefox 20 Beta


TIPS & ULASAN