Setelah hanya ditawarkan untuk pengguna Windows 8, dan disediakan untuk pengguna Windows 7 dalam bentuk ujian, kini pihak Microsoft secara rasminya melancarkan pelayar web versi terkini mereka, sekaligus membolehkan pengguna Windows 7 menggunakan versi penuh Internet Explorer 10.
Seperti semua sedia maklum, Internet Explorer 10 membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan, terutamanya dari segi sokongan HTML5 dan juga CSS3.
Perubahan pengguna dari IE 9 ke IE10 dijangka akan membawakan peningkatan prestasi sehingga 20%, disamping lebih 60% dari segi sokongan untuk piawaian web semasa.
Bagi pengguna Windows 7 yang berminat, boleh memuat-turun Internet Explorer 10 hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.
Muat-Turun Internet Explorer 10