Google Memperkenalkan Google+ Sign-In – Bersaing Dengan Facebook Connect

Google Memperkenalkan Google+ Sign-In – Bersaing Dengan Facebook Connect

Diterbitkan pada Feb 27, 2013 oleh .

Kebanyakkan perkhidmatan popular pada masa kini boleh dikatakan menyertakan sokongan Facebook Connect. Dengan Google yang kini mempunyai laman sosial mereka tersendiri, gergasi internet tersebut hari ini turut sama memperkenalkan perkhidmatan baru dinamakan sebagai Google+ Sign-In.

Melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan para pembangun untuk mengintegrasikan sokongan pendaftaran menggunakan akaun Google+, disamping memudahkan pengguna laman sosial tersebut menggunakan perkhidmatan lain.

Selain daripada hanya aplikasi web, sokongan sama juga turut disediakan oleh Google untuk aplikasi Android dan juga iOS, sekaligus memudahkan pengguna membawa identiti mereka kemana-mana dengan mudah.

Buat masa ini, perkhidmatan yang menggunakannya adalah terhad, tetapi mungkin dalam masa sebulan dua lagi, ia akan digunakan dengan lebih meluas pada pelbagai perkhidmatan web.


TIPS & ULASAN