Instagram Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif

Instagram Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada Feb 27, 2013 oleh .

Ia boleh dikatakan Instagram merupakan salah satu perkhidmatan popular dikalangan pengguna peranti Android dan juga iOS. Hari ini, pembangunnya secara rasminya mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna aktif seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan Instagram.

Instagram

Instagram telah dilancarkan sekitar lebih kurang 28 bulan yang lepas, dimana pada awalnya hanya eksklusif untuk pengguna iOS. Pada tahun lepas, ia telah melancarkan aplikasi untuk Android, dan seterusnya diambil-alih oleh pihak Facebook pada harga yang agak mengejutkan ramai pihak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan dilancarkan untuk platform lain. Beberapa laporan sebelum ini mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi BlackBerry 10 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN