MWC 2013 : Huawei Ascend P2

MWC 2013 : Huawei Ascend P2

Diterbitkan pada Feb 27, 2013 oleh .

Laporan dari MWC 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.

Huawei nampaknya terus hadir dengan beberapa peranti baru Android, dimana selepas memperkenalkan Ascend Mate pada bulan lepas, kini di MWC 2013 mereka memperkenalkan peranti baru mereka dikenali sebagai Ascend P2.

Spesifikasi Ascend P2
Cip 1.5GHz K3V2 (empat-teras)
Kamera Belakang 13-Megapixel
Kamera Hadapan 1.3-megapixel
Storan Terbina 16GB
Memori 1 GB RAM
Skrin 4.7-inci (720×1280 pixel)
Bateri 2420 mAh

Seperti semua sedia maklum, Huawei Ascend P2 merupakan kemaskini untuk keluarga Ascend P, membawakan rekabentuk yang lebih kurang sama, tetapi dengan peningkatan spesifikasi, dan juga saiz peranti itu sendiri.

Huawei Ascend P2 membawakan beberapa perubahan, termasuk antaranya adalah penggunaan antaramuka Emotion UI daripada pihak Huawei sendiri, yang turut didatangkan dengan pelbagai pilihan tema dan sebagainya.

Huawei juga turut membuang halaman khas untuk senarai aplikasi, dan membolehkan pengguna mengakses aplikasi dengan hanya swype ke sebelah kanan, lebih kurang sama seperti Windows Phone.

Dari segi kamera, ia turut membawakan peningkatan, termasuk sokongan rakaman video dalam bentuk HDR, lebih kurang sama seperti pada Sony. Namun, kami tidak ketahui lagi bagaimanakah video HDR hasil rakaman daripada peranti ini.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

Huawei Ascend P2

Laporan dari MWC 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN