Carian
Adobe Memperkenalkan Aplikasi Photoshop Touch Untuk Telefon Pintar
February 27, 2013 Aman

Jikalau sebelum ini pihak Adobe telah pun memperkenalkan aplikasi Adobe Photoshop Touch khas untuk tablet, hari ini, mereka memperluaskan tawaran mereka, dengan turut sama melancarkan Photoshop Touch khas untuk telefon pintar.

Adobe Photoshop Touch

Adobe Photoshop Touch untuk telefon pintar ini dioptimasikan khas untuk skrin bersaiz kecil, dan sedia digunakan oleh para pengguna iOS dan juga Android.

Aplikasi ini turut sama membawakan sokongan perkongsian terbina, membolehkan pengguna berkongsi gambar yang diedit terus ke laman sosial seperti Twitter dan Facebook, ataupun emel terus kepada rakan anda.

Bagi pengguna iOS yang berminat, mereka memerlukan peranti iPhone 4S dan terkini, manakala untuk Android pula ia memerlukan sekurang-kurangnya versi ICS untuk berjalan lancar.

Komen