Huawei MediaQ M310 Membolehkan Pengguna Membawa Ciri-Ciri Pintar Ke Televisyen

Huawei MediaQ M310 Membolehkan Pengguna Membawa Ciri-Ciri Pintar Ke Televisyen

Diterbitkan pada Feb 27, 2013 oleh .

Peranti tambahan untuk televisyen yang membolehkan pengguna menghubungkan internet dan melayari web dan sebagainya sedia terdapat di pasaran. Dan Huawei turut sama tidak ketinggalan dengan memperlihatkan Huawei MediaQ M310 pada MWC 2013 hari ini.

Huawei MediaQ M310

Huawei MediaQ M310 membolehkan pengguna menggunakannya dalam membawakan beberapa ciri-ciri pintar ke kaca televisyen. Salah satu kelebihan padanya boleh dikatakan dari segi saiz, yang mana agak kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras ARM Cortex-A9 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina sebesar 4GB, sokongan HDMI, Bluetooth 4.0, serta membawakan sokongan Huawei Multi-Screen. Sebuah alat kawalan jauh turut disertakan untuk membolehkan pengguna mengendalikan Huawei MediaQ M310 ini.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki Malaysia.

Huawei MediaQ M310


TIPS & ULASAN