HP Envy x2 Kini Berharga RM2599 Di Malaysia

HP Envy x2 Kini Berharga RM2599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 27, 2013 oleh .

HP Envy x2 telah dilancarkan beberapa bulan sebelum ini, yang mana membawakan gabungan antara tablet dan juga komputer riba. Kini, peranti hibrid tersebut mula dijual di Malaysia pada harga RM2599.

HP Envy x2

Semua sedia maklum, ia dijana menggunakan Windows 8, yang mana sekaligus menjadikan peranti ini turut didatangkan dengan sokongan skrin sentuh padanya. HP mengatakan Envy x2 ini turut dilengkapi dengan bateri yang bertahan sehingga 19 jam, selain membawakan rekabentuk yang nipis dan menawan melaluinya.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2760, memori sebanyak 2GB SDRAM, ruangan storan terbina bersaiz 64GB SSD, dan juga skrin bersaiz 11.6-inci pada HP Envy x2.

Untuk pasaran Malaysia, ia turut didatangkan bersama-sama tetikus Bluetooth dan juga HP 14.1 Black Sleeve secara percuma. Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya hari ini daripada HP Malaysia.


TIPS & ULASAN