Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah sedia memaklumkan yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar berasaskan Firefox OS pada tahun hadapan, dan kini, terlebih dahulu mereka menawarkan versi pembangunan Firefox OS khas untuk digunakan pada peranti Xperia E.

Versi eksperimental ini lebih kepada membantu para pembangun dan juga komuniti IT dalam membangunkan dan bersedia dengan Firefox OS, sebelum pelancaran telefon pintar berasaskannya daripada Sony kelak.

Buat masa ini, beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan untuknya, termasuk Alcatel dan ZTE yang telah bersedia dengan peranti khas, selain LG dan juga Huawei turut sama bakal memperkenalkan peranti mereka tidak lama lagi.

Bagi para pembangun ataupun pemilik Xperia E yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya dan mengujinya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd