Dalam usaha untuk mengalakkan lebih ramai pembangun tempatan hadir dengan aplikasi untuk platform BlackBerry 10, kini, BlackBerry Malaysia dan juga MDeC mengumumkan program baru dinamakan sebagai BlackBerry 10 App Challenge Malaysia.
Sebanyak dua kategori disediakan melalui Blackberry 10 App Challenge Malaysia ini, membolehkan para pembangun memenangi hadiah sehingga RM15,000 untuk kategori terbuka, manakala hadiah wang tunai sehingga RM9,000 untuk kategori pelajar.
Secara tidak langsung juga, program ini dijangka akan membolehkan lebih banyak aplikasi hadir untuk platform BlackBerry 10, disamping mengalakkan lagi pembangun tempatan untuk membangunkan aplikasi dengan ciri-ciri tempatan.
Bagi para pembangunn yang berminat, boleh mendaftarkan diri sebelum bulan April 2013 ini, dan jangan lupa berkongsi aplikasi yang dibangunkan anda bersama kami kelak. Peranti pertama BlackBerry 10, iaitu Z10 akan ditawarkan oleh Maxis bermula minggu hadapan.