Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan aplikasi Maluuba untuk Android sebelum ini yang menawarkan beberapa kemudahan seperti membuat carian, menetapkan tugasan dan sebagainya. Kini, aplikasi yang sama turut dilancarkan dan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows Phone.

Maluuba Windows Phone

Menggunakan Maluuba pada Windows Phone, para pengguna boleh melakukan beberapa tugasan, termasuk mencari lokasi berdekatan; menetapkan jam loceng, peringatan; selain turut membuat beberapa perkara asas seperti menghantar mesej dan panggilan.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Maluuba daripada Marketplace, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd