Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini kita dapat melihat Apple memperkenalkan salah satu aplikasi pada iOS, dinamakan Passbook, kini, sebagai pesaing untuknya, gergasi dari Korea Selatan, iaitu Samsung turut sama mengumumkan salah satu fungsi lebih kurang sama dinamakan sebagai Samsung Wallet.

Samsung Wallet

Melalui Samsung Wallet, ia memudahkan para pengguna menguruskan beberapa perkara, seperti tiket penerbangan, kad ganjaran dan sebagainya. Sebuah notifikasi juga akan dipaparkan, apabila pengguna mendekati sesebuah lokasi, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan kad ganjaran dan yang lain-lain digunakan dengan lebih efektif.

Buat masa ini, masih tiada sokongan NFC pada Wallet, namun mungkin ia akan diintegrasikan bersama tidak lama lagi. Samsung Wallet ini masih lagi pada peringkat awal, dan pihak Samsung telah pun menyediakan beberapa panduan, membolehkan para pembangun mengintegrasikan aplikasi mereka bersama Samsung Wallet.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd