MWC 2013 – ASUS FonePad

MWC 2013 – ASUS FonePad

Diterbitkan pada Feb 28, 2013 oleh .

Pada awal minggu ini, dengan bermulanya acara Mobile World Congress, salah satu peranti baru yang diumumkan oleh Asus adalah Asus Fonepad, yang mana merupakan tablet bersaiz 7-inci dengan sokongan panggilan suara dan juga SMS.

Spesifikasi Asus FonePad
Cip Intel Atom Z2420 1.2Ghz
Kamera Belakang 3-Megapixel
Kamera Hadapan 1.2-megapixel
Storan Terbina 8GB
Memori 1 GB RAM
Skrin 7-inci (800×1280 pixel)
Bateri 4270 mAh

Daripada penggunaan kami, Asus FonePad membawakan rekaan yang menyerupai kebanyakkan peranti dan tablet bersaiz 7-inci di pasaran, tanpa sebarang perubahan drastik. Namun, dari segi rekaan, boleh dikatakan agak kemas, berbanding beberapa tablet yang lain.

Asus FonePad untuk versi Asia didatangkan dengan kamera belakang 3-megapixel, berbeza dengan versi Eropah. Namun, dari segi ruangan storan terbina hanya dihadkan kepada 8GB, serta boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD pada peranti ini.

Asus FonePad

Asus FonePad

Dari segi aplikasi pula, Asus FonePad membawakan antaramuka natif Android tanpa sebarang perubahan drastik. Pihak Asus juga turut menambah beberapa fungsi padanya, dimana selain daripada beberapa aplikasi daripada Asus sendiri, mereka turut menyertakan sokongan untuk membolehkan pengguna membuka aplikasi pada tetingkap kecil, dan menggunakannya bersama-sama aplikasi lain pada masa yang sama.

Buat masa ini, pihak Asus hanya sekadar mengatakan FonePad ini akan hadir ke pasaran Asia Pasifik seawal bulan Mac ini, dan harga jualannya kelak berkemungkinan adalah lebih murah daripada harga Nexus 7.


TIPS & ULASAN