Apple Merancang Berpindah Ke Kampus Baru Pada Tahun 2016

Apple Merancang Berpindah Ke Kampus Baru Pada Tahun 2016

Diterbitkan pada Feb 28, 2013 oleh .

Jikalau beberapa hari yang lepas kita mendengar perancangan pihak Google berkenaan dengan ibu pejabat mereka, hari ini, Tim Cook berkongsi beberapa perkara mengenai Apple, dan salah satunya adalah berkenaan dengan pembangunan kampus baru, yang mana membawakan rekabentuk seumpama kapal angkasa.

Apple Campus Baru

Sejak rekabentuknya diperlihatkan sebelum ini, ia telah menjadi salah satu bualan ramai. Pada awalnya Apple merancang untuk mula menggunakannya bermula tahun 2015, tetapi kelihatan kini ditangguhkan sementara dan berkemungkinan hanya akan memasukinya pada pertengahan kedua 2016 kelak.

Buat masa ini, ia dilaporkan Apple dalam proses perbincangan bersama-sama pihak perbandaran dan dijangka akan memulakan pembangunan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN