MWC 2013 – Asus Transformer AIO

MWC 2013 – Asus Transformer AIO

Diterbitkan pada Feb 28, 2013 oleh .

Liputan daripada MWC 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.

Terdapat beberapa komputer desktop AIO di pasaran pada hari ini. Namun, salah satu yang menarik perhatian kami di MWC 2013 adalah komputer AIO daripada pihak Asus, dinamakan sebagai Transformer AIO.

Seperti pada namanya, mungkin ramai yang boleh membuat tekaan, dimana komputer desktop daripada Asus ini bukan hanya sekadar komputer biasa, tetapi boleh berubah bentuknya.

Melalui Asus Transformer AIO, ia membolehkan pengguna mengubah ia daripada komputer desktop kepada tablet dengan mudah. Namun, memandangkan ia menyertakan skrin bersaiz 18.4-inci, ia agak sukar dan kurang selesa untuk digunakan secara mudah-alih.

Asus Transformer AIO

Selain daripada kebolehan mengubah faktor penggunaannya, salah satu perkara yang menarik minat kami adalah dimana Asus Transformer AIO ini menggunakan dua sistem operasi, iaitu Windows 8 dan juga Android.

Untuk berubah dari satu sistem operasi ke yang lain, sebuah butang khas berwarna biru disediakan pada bahagian kanan, selain pada bahagian menu di Android terdapat pilihan untuk mengubah ke Windows 8. Tetapi tiada sebarang menu khas pada Windows 8, selain hanya boleh diubah menggunakan butang fizikal sahaja.

Asus Transformer AIO ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core ketika menggunakan Windows 8 pada mod desktop, dan menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 ketika menggunakannya ia sebagai tablet.

Berkenaan dengan aplikasi dan dokumen pula pula, untuk sync antara kedua-dua platform ini, pengguna perlu bergantung kepada sokongan perkomputeran awan, yang mana sedia digunakan ramai pada hari ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Asus Transformer AIO ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Asus Transformer AIO

Liputan daripada MWC 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN