Carian
MWC 2013 – NEC Medias W
February 28, 2013 Aman
  • Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz

Selain beberapa peranti yang diperkenalkan pada Mobile World Congress, salah satu peranti yang menarik perhatian ramai pihak adalah telefon pintar yang boleh dilipat daripada NEC.

Peranti yang dikenali sebagai NEC Medias W ini hanya disasarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini, dan dikatakan akan diperluaskan kepada beberapa negara lain tidak lama lagi.

NEC Medias W

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.3-inci ketika digunakan sebagai telefon pintar, dan berubah kepada paparan bersaiz 5.6-inci apabila kedua-dua skrinnya digunakan. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, dan juga ruangan storan terbina bersaiz 16GB. Kamera pada peranti ini menggunakan sensor sebesar 8.1-megapixel, dimana apabila dibuka, boleh digunakan sebagai kamera hadapan, sekaligus menjadikannya antara peranti dengan kamera untuk panggilan video yang menarik.

Dari segi skrin, boleh dikatakan paparannya menarik, dan amat jelas. Namun, salah satu kekurangan yang kelihatan adalah apabila menggunakan dwi-skrin untuk menonton gambar ataupun bermain permainan dan sebagainya, bahagian kerangka pada bahagian tengah kelihatan agak menganggu.

Memandangkan ia memfokuskan kepada dua kaedah kendalian, dimana sebagai telefon pintar dan tablet bersaiz kecil, maka kebanyakkan aplikasi pada peranti NEC Medias W ini telah dioptimasikan. Ketika memasukkan teks dan sebagainya, pengguna boleh menggunakan peranti dengan menetapkan satu skrin sebagai papan kekunci, dan satu lagi sebagai skrin biasa.

Seperti dimaklumkan, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dipasarkan di luar Jepun.

[amanz-gallery]

  • Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz
Komen