Surface RT Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Singapura – Malaysia Masih Belum Dalam Senarai

Surface RT Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Singapura – Malaysia Masih Belum Dalam Senarai

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, Surface RT merupakan salah satu tablet yang diperkatakan ramai, dan beberapa pengguna tempatan tertarik dengannya. Namun, ia masih tidak ditawarkan buat masa ini.

Microsoft kelihatan memperluaskan pasaran Surface RT dan juga Surface Pro kepada beberapa buah negara. Melalui kemaskini terbaru daripada Microsoft, mereka mengatakan tablet Surface RT akan mula ditawarkan untuk pasaran Singapura dalam beberapa bulan lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet tersebut akan memasuki pasaran Malaysia. Terdapat beberapa penjual telah menawarkannya, namun semestinya harga yang ditawarkan buat masa ini agak mahal, berbanding sekiranya ia ditawarkan secara rasmi oleh Microsoft.

Jadi, sekiranya ia ditawarkan secara rasmi di Malaysia, adakah anda akan mendapatkannya? Ataupun anda lebih berminat untuk mendapatkan versi Surface Pro?

Baca : Pandang Pertama Surface RT


TIPS & ULASAN