Vimeo Memperkenalkan “Looks” – Membolehkan Pengguna Menambah Efek Khas Pada Video

Vimeo Memperkenalkan “Looks” – Membolehkan Pengguna Menambah Efek Khas Pada Video

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

VimeoVimeo sedia mempunyai editor video berasaskan web dinamakan sebagai Enhancer. Terkini, pada perkhidmatan web mereka itu, Vimeo turut sama menambah sokongan untuk membolehkan pengguna menambah efek seumpama Instagram pada video, dipanggil sebagai Looks.

Sokongan ini dibawakan oleh Vimeo, hasil kerjasama dengan pihak Vivoom. Melalui sokongan ini, pengguna boleh menambah efek yang menarik, sekaligus menjadikan video yang dihasilkan mereka lebih menarik dan berkualiti berbanding kebiasaannya.

Sokongan Looks disediakan secara percuma untuk pasa yang terhad, dan bagi pengguna Vimeo yang berminat, mungkin boleh mengujinya sendiri pada Vimeo Enhancer hari ini.

Vimeo Enhancer - Looks


TIPS & ULASAN