Google Chrome Kini Memudahkan Pengguna Mengetahui Tab Yang Memainkan Audio

Google Chrome Kini Memudahkan Pengguna Mengetahui Tab Yang Memainkan Audio

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

Salah satu perkara yang mungkin tidak digemari ramai pengguna adalah apabila sesuatu audio dimainkan secara automatik pada sesuatu web, dan anda sukar untuk mengenal pasti ia hadir dari tab yang mana. Untuk memudahkannya, kini pada kemaskini Chrome versi pembangunan, Google menyertakan sebuah notifikasi khas untuknya.

Melalui sokongan baru ini, ia memaparkan sebuah visual bergerak pada bahagian favicon sesuatu web, memudahkan pengguna mengenal-pasti tab yang mana memainkan audio atau video, sekaligus membolehkan pengguna memantau tab berkenaan dengan lebih mudah.

Buat masa ini, kami telah melihatnya pada Chrome versi pembangunan, dan tidak pasti sama ada ia telah hadir ke versi stabil ataupun tidak.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan sokongan ini. Adakah ia membantu anda?


TIPS & ULASAN