Ura-ura dan desas-desus berkenaan dengan iPhone Mini bukanlah sesuatu yang baru, dimana melalui laporan terbaru yang kedengaran, ia dikatakan iPhone Mini ini kelak akan membawakan skrin yang lebih besar saiznya berbanding iPhone 5.
Ia dikatakan skrin bersaiz 4.5-inci akan disertakan bersama-sama dengannya, sekaligus membolehkan peranti tersebut bersaing dengan pelbagai peranti lain di pasaran pada hari ini.
Dari segi bahan binaan pula, Apple dikatakan akan menggunakan polikarbonat padanya, dan berkemungkinan berharga sekitar $330 (~RM1020).
Ura-ura berkenaan dengan telefon pintar daripada Apple pada harga bajet bukanlah sesuatu yang baru, dan ia telah kedengaran sejak setahun dua yang lepas. Namun, perantinya masih tidak diumumkan sehingga ke hari ini.
Jadi, adakah kita akan melihatnya pada tahun ini? Dan sekiranya ia membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, apakah reaksi anda kelak? Adakah anda akan membelinya?