Cari @ Amanz

Google sedia menguji pelancar aplikasi khas pada Chrome, dan kini kelihatan dengan rekabentuk yang lebih kurang sama, mereka memperlihatkan pautan akses pantas ke beberapa aplikasi pada halaman utama Google.com.

Google.com Baru

Daripada rekabentuk baru yang sedang diuji pihak Google, ia memaparkan butang daftar-masuk, disamping sebuah butang khas bersebelahan dengannya, membolehkan pengguna mengakses dengan mudah beberapa aplikasi web dan perkhidmatan Google, seperti GMail, Google Drive, YouTube, Google Calendar dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih sekadar ujian awal, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada umum. Sekiranya ia dilancarkan secara rasminya, maka mungkin kita akan dapat melihat perubahan dari segi bar navigasi pada pelbagai perkhidmatan Google.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan ujian antaramuka baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd