Real Racing 3 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pengguna Android Dan iOS

Real Racing 3 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

Terdapat beberapa permainan perlumbaan pada platform mudah-alih, dan terkini daripada Electronic Arts adalah Real Racing 3, yang mana ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android mahupun iOS.

Real Racing 3

Dari segi grafik, boleh dikatakan Real Racing antara yang terbaik pada platform mudah-alih, disamping membawakan kaedah kawalan secara lebih realistik berbanding pelbagai permainan yang lain. Selain itu, sokongan sosial juga membolehkan anda bermain dengan rakan-rakan lain, melalui sokongan yang dinamakan sebagai Time Shifted Multiplayer.

Dari segi kekurangan pula, salah satunya boleh dikatakan adalah saiz aplikasinya, dimana untuk iOS ia bersaiz sekitar 716MB, manakala untuk Android, mencecah 1.7GB.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan Real Racing 3 hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti mudah-alih masing-masing.

Muat-Turun Real Racing 3 untuk iOS


Muat-Turun Real Racing 3 untuk Android


TIPS & ULASAN