BlackBerry Bakal Memperkenalkan Tablet Baru Berasaskan BlackBerry 10 Pada Tahun Ini

BlackBerry Bakal Memperkenalkan Tablet Baru Berasaskan BlackBerry 10 Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

BlackBerry PlayBookPada hari ini, satu-satunya tablet yang terdapat di pasaran daripada BlackBerry adalah PlayBook, dan mengikut laporan awal, BlackBerry dijangka akan memperkenalkan tablet baru berasaskan Blackberry 10 pada tahun ini.

Daripada apa yang dikongsikan, selain memperkenalkan tablet baru, BlackBerry juga bakal memperkenalkan kemaskini perisian untuk Playbook, membolehkan mereka turut sama menggunakan BlackBerry 10 pada tablet sedia ada mereka.

Buat masa ini, apakah spesifikasi dan bagaimanakah rekabentuknya, masih tidak diketahui lagi.

Pada bulan Januari lepas, BlackBerry telah mengumumkan BlackBerry 10 secara rasminya, dengan dua peranti mereka, iaitu Z10 dan juga Q10. BlackBerry Z10 akan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan, melalui syarikat telekomunikasi Maxis, diikuti oleh Celcom dan DiGi pada bulan April.


TIPS & ULASAN