Selain daripada laporan berkenaan dengan Windows Blue, yang dikatakan akan menjadi salah satu kemaskini untuk sistem operasi Windows 8, kini beberapa ura-ura turut kedengaran berkenaan dengan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, iaitu Windows 9.
Daripada apa yang kelihatan, ia dikatakan Microsoft akan memulakan ujian beta untuk Windows 9 seawal Januari 2014 kelak, dan diikuti dengan pelancaran rasminya pada November 2014.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan tidak dapat dipastikan kesahihannya buat masa ini. Fungsi baru yang akan didatangkan bersama-sama dengannya juga turut menjadi tanda tanya buat masa ini.