Aplikasi Permesejan LINE Akan Hadir Untuk Peranti Nokia Asha Pada Bulan Ini

Aplikasi Permesejan LINE Akan Hadir Untuk Peranti Nokia Asha Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

LINE boleh dikatakan adalah salah satu aplikasi permesejan yang sedang meningkat popular dikalangan pengguna tempatan, dan tidak lama lagi, aplikasi LINE untuk pengguna Nokia Asha akan diperkenalkan.

Line untuk Asha

Melalui Line untuk Asha, ia akan membawakan sokongan sembang diantara rakan-rakan anda, selain turut menyertakan sebanyak 4 jenis sticker bersama-sama dengannya.

Aplikasi Line untuk Asha ini akan diperkenalkan kepada pengguna beberapa negara terlebih dahulu, dan salah satunya adalah Malaysia.

Asha merupakan peranti feature phone daripada Nokia, yang mana membawakan beberapa sokongan pintar, pada harga mampu milik.


TIPS & ULASAN