Carian
Samsung Memperlihatkan Beberapa Peranti Mudah Alih Baru Di Samsung SEA Forum 2013
March 1, 2013 Aman

Seperti setiap tahun, Samsung telah mengadakan Samsung SEA Forum, dimana pada tahun ini ia diadakan di Jakarta, Indonesia, dimana pelbagai peranti telah diperlihatkan oleh mereka, termasuk beberapa peranti Galaxy baru.

Samsung Galaxy Note 8.0

Yang utama dan menarik perhatian semestinya adalah Galaxy Note 8.0 yang diumumkan oleh Samsung pada awal minggu ini. Galaxy Note 8.0 adalah tablet bersaiz 8-inci daripada Samsung dengan sokongan S-Pen, disamping turut menyertakan sokongan membuat panggilan dan SMS.

Samsung Galaxy Express

Selain daripada itu, Samsung turut sama memperlihatkan peranti Galaxy Express, yang mana merupakan peranti LTE pada harga rendah, dan menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy Young

Untuk pengguna baru yang ingin mencuba telefon pintar, Samsung memperkenalkan Galaxy Young, yang mana membawakan skrin bersaiz 3.27-inci dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 768MB RAM, dan juga kamera belakang 3-megapixel.

Samsung Galaxy Fame

Dengan rekaan dan spesifikasi lebih kurang sama, Galaxy Fame turut hadir, dan menyertakan sokongan rakaman kamera dengan sensor sebesar 5-megapixel pada bahagian belakang, berbanding dengan Galaxy Young.

Samsung Galaxy Grand

Tidak ketinggalan juga peranti dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Galaxy Grand, yang menyertakan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan Andorid 4.1 Jelly Bean, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, dan juga memori sebanyak 1GB RAM, serta kamera belakang 8-megapixel.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah peranti-peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Jadi, apakah peranti yang menarik minat anda?

Komen