Cari @ Amanz

Ubuntu Phone OS telah mendapat perhatian ramai pihak sejak diumumkan pada bulan lepas. Kini, beberapa info berkenaan dengannya mula diketahui, dimana selain daripada menyertakan sokongan terminal, ia juga dijangka akan didatangkan bersama-sama pelayar web Chromium dan juga Firefox.

Ubuntu Phone OS

Dengan adanya kedua-dua pelayar web ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelayar web yang sama pada pelbagai peranti, termasuk pada desktop. Memandangkan kedua-duanya adalah berasaskan sumber terbuka, maka mungkin tiada masalah untuk menyertakannya pada Ubuntu Phone.

Canonical dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dengan Ubuntu Phone seawal bulan Oktober 2013 ini. Sementara itu, bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mencuba Ubuntu Touch Preview pada peranti Nexus mereka hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd