HTC Sense 5 Akan Hadir Untuk Peranti HTC Sedia Ada Tidak Lama Lagi

HTC Sense 5 Akan Hadir Untuk Peranti HTC Sedia Ada Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 1, 2013 oleh .

HTC Sense 5 buat masa ini hanya eksklusif untuk peranti terbaru daripada HTC, iaitu HTC One. Namun, daripada apa yang diketahui, HTC dijangka akan memperkenalkannya untuk beberapa peranti, seperti One X, One X+, One S dan juga Butterfly dalam beberapa bulan lagi.

HTC One Dengan Sense 5

HTC Sense 5 menyertakan beberapa fungsi baru, dimana antaranya adalah termasuk sokongan HTC Blinkfeed yang membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dunia web dan sosial dengan mudah, disamping paparan galeri melalui HTC Zoe.

Buat masa ini, tarikh pasti berkaitan dengan pengenalannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN