Ia boleh dikatakan telah sekian lama sejak Facebook memperkenalkan perubahan pada bahagian News Feed. Kini, gergasi laman sosial tersebut telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa, untuk acara khas pada 7 Mac kelak.
Melalui acara tersebut, Facebook dijangka akan memperlihatkan News Feed baru. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan kelihatan, dan semestinya kita akan dapat melihat lebih banyak kandungan, sama ada dari Facebook ataupun dari laman luar yang menggunakan sokongan Facebook diperlihatkan pada News Feed.
Sebelum ini juga, Facebook kelihatan menguji rekabentuk antaramuka profil baru yang lebih kemas dan mudah untuk digunakan.